AKIKAH LEMBU (SEBAHAGIAN)
Kami dari Malaysia for Syria (MFS) sangat mengalu-alu anda untuk melakukan akikah buat anak tercinta, lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri yang bakal atau baru sahaja menimang cahaya mata. Ini kerana hukum bagi yang melaksanakan akikah ini ialah Sunat Muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut untuk dilakukan oleh kita umat Islam.
Antara salah satu syarat bagi akikah lembu untuk anak lelaki dan perempuan ialah:
- 1 bahagian lembu untuk anak perempuan
- 2 bahagian lembu untuk anak lelaki
Harga bagi 1 bahagian akikah lembu telah termasuk kos kenduri buat anak tersebut iaitu RM 1,199. Hasil masakan dan makanan dari kenduri akikah tersebut akan diagihkan kepada pelarian Syria yang memerlukan.
Daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya” [Hadis Riwayat At-Tirmidzi – No. hadis 1522]
Salam sayang dari kami,
Pasukan Qurban untuk Syria,
Tabung Syukur Anda.