QURBAN LEMBU / SEBAHAGIAN – MALAYSIA
Ibadah Qurban dilakukan untuk memperingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail AS.
Bersama kita rebut peluang bersedekah untuk ibadah Qurban pada tahun 2023 ini dengan mendaftar diri dan ahli keluarga dalam kempen Penyembelihan Agung Qurban untuk pelarian Syria di Malaysia dengan 1 bahagian lembu berharga RM 800.
Dengan setiap bahagian lembu yang diqurbankan akan memberi manfaat kepada pelarian Syria ketika perayaan Hari Raya Aidiladha tahun ini. Kami sangat menggalakkan untuk lebih ramai yang menyertai ibadah Qurban kerana hukum ibadah korban adalah sunat yang digalakkan.
وَالأَفْضَلُ فِي الضَحِيَّةِ المَسْنُونَةِ : أَن يَتَصَدَّقَ بِأَكْثَرِهَا وَيَبْقَى لَهُ قَلِيلًا للبَرَكَةِ
Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. [Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826]
Salam sayang dari kami,
Pasukan Qurban untuk Syria,
Tabung Syukur Anda.